Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Paduka Raja (1)  ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Klinik, Tanah Merah, Kelantan. Jarak sekolah hanyalah 1.5 kilometer dari bandar Tanah Merah. Sekolah ini adalah satu-satunya Sekolah Premier di Jajahan Tanah Merah.
                Ditubuhkan pada tahun 1965 dengan mengambil nama sempena Menteri Besar Kelantan ke-5 iaitu Dato' Hj. Nik Mahmud bin Nik Ismail dan dirasmikan oleh YB. Haji Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada 7 April 1968. Sekolah ini menawarkan pakej mata pelajaran sains, sastera, sastera ikhtisas, kemanusiaan sehingga kepada tingkatan enam. Sejarah penubuhannya telah melibatkan 14 orang pengetua.
Senarai Pengetua yang berkhidmat di SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1
Bil
Nama
Tahun
1.
En. Makhzan bin Yusof
01.01.1965 - 31.12.1972
2.
En. Hanif bin Idris
01.01.1973 - 31.12.1973
3.
En. Husain bin Yusof
01.01.1974 - 31.12.1974
4.
En. Shafie bin Idris
01.01.1975 - 31.12.1979
5.
En. Sidi Omar bin Mat Jusoh
09.01.1980 - 31.08.1982
6.
En. Rashid bin Yusof
01.09.1982 - 15.03.1991
7.
En. Taib bin Sulaiman
16.03.1991 - 01.04.1999
8.
En. Muhammad Nordin b. Mohammad
16.05.1999 - 2001
9.
En. Che Isa bin Che Husin
2001 - 2003
10.
En. Muhammad Ghazali bin Abdul Rahman
Jun 2004- Oktober 2004
11.
En. Nuriah binti Sulaiman
Oktober 2004 - Jun 2005
12.
En. Wan Mohammad bin Loman
Jun 2005 – Feb 2011
13.
En. Mohammed bin Ali
2012 - 2013
14.
En. Kamaruzaman bin Zakaria
01.12.2013 - Sekarang
Sekolah ini mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi dari masyarakat sekitar sehingga berlaku penambahan kelas dan jumlah murid yang sangat ketara. . Sehinga tahun 2015, tedapat 62 kelas dan 1731 murid yang terdiri daripada  murid Melayu dan hampir 500 murid Cina serta kaum-kaum lain Bermula dengan 2 sesi persekolahan, bertukar kepada 1 sesi pada tahun 2004.
                Selari dengan moto sekolah ‘Paduka Sentiasa Di Hadapan’,  sejak dari penubuhannya, sekolah ini telah mencapai kecemerlangan dalam semua bidang bukan sahaja akademik malah kokurikulum serta kemenjadian murid di semua peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pernah melahirkan tokoh-tokoh profesional dan pemimpin. Sekolah ini telah dinobatkan sebagai “Sekolah Harapan Negara” pada tahun 2010.
                Sejarah kegemilangan sekolah dan murid juga telah menjadikan sekolah ini sebagai satu-satunya sekolah premier yang mempunyai ‘Pasukan Brass Band’  di Tanah Merah satu ketika dahulu dan kembali dihidupkan semula mulai tahun 2013 dibawah kepimpinan pengetua Encik Kamaruzaman Zakaria sebagai etos utama sekolah.

                Akhirnya kegemilangan dan kejayaan sekolah ini menjadi pemangkin kepada komitmen seluruh warga sekolah dalam merealisasikan hasrat KPM bagi memenuhi aspirasi murid, masyarakat dan negara terhadap institusi pendidikan nasional.

JAM & TARIKH

LAGU SEKOLAH DMPR 1

PAUTAN UMUM

KATA-KATA

get your free blog banner at emilayusof.comget your free blog banner at emilayusof.comget your free blog banner at emilayusof.comget your free blog banner at emilayusof.comget your free blog banner at emilayusof.comget your free blog banner at emilayusof.comget your free blog banner at emilayusof.com

FROG VLE

LOGIN TO FROG VLE

Tinjauan

Laman ini membantu saya mencari maklumat yang diperlukan
Powered by Blogger.

PENTADBIR 2017

SEJARAH SMKDMPR1

SMK Dato Mahmud Paduka Raja 1, terletak di Jajahan Tanah Merah Kelantan. Ia merupakan sebuah sekolah premier. Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Pencapaian sekolah ini dalam akademik dan kokurikulum adalah cemerlang. Ia merupakan sekolah yang diberikan perhatian oleh para pelajar dan ibu bapa. Sekolah ini juga mempunyai sebuah asrama yang diberikan kepada para pelajar yang layak untuk menduduki asrama. Tahun 2003 asrama sekolah ini telah penuh dihuni oleh para pelajar.

PAUTAN PENDIDIKAN

PAUTAN AKHBAR

JOM KE MENARA GADING

PAUTAN PILIHAN


PILIHAN

PAUTAN MAJALAH

Popular Posts