SMK Dato Mahmud Paduka Raja 1, terletak di Jajahan Tanah Merah Kelantan. Ia merupakan sebuah sekolah premier. Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Pencapaian sekolah ini dalam akademik dan kokurikulum adalah cemerlang. Ia merupakan sekolah yang diberikan perhatian oleh para pelajar dan ibu bapa. Sekolah ini juga mempunyai sebuah asrama yang diberikan kepada para pelajar yang layak untuk menduduki asrama. Tahun 2003 asrama sekolah ini telah penuh dihuni oleh para pelajar.